F
O
L
L
O
W
Sudah Tiba Masanya Saya Lebih Serius

Assalamualaikum fellas,




Bagi yang pertama kali bersua muka dengan Diana, mata pasti bagaikan terpaku melihat wajahnya yang jelita. Kulitnya yang gebu, putih, licin serta ditambah pula dengan sikapnya yang suka  tersenyum begitu menyerlahkan lagi wajahnya.Apabila ditanya tentang rahsia kecantikan Diana, gadis ini lantas tersenyum manja sebelum menjawabnya.
“Sebagai selebriti sememangnya wajib untuk saya menjaga kecantikan diri. Namun saya bukanlah seorang yang sangat cerewet ataupun sanggup bersusah payah semata-mata untuk cantik. Bagi saya, penjagaan diri untuk cantik haruslah bermula dari dalam. Oleh sebab itu, selain mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk kekal cerdas setiap hari, saya juga sentiasa memastikan saya mempunyai tidur yang secukupnya kerana ia dapat membantu diri saya kekal lebih segar dan tidak mudah jatuh sakit.
“Soal pemakanan pula, saya sebenarnya seorang pencinta makanan malah saya akan makan apa yang saya mahu makan. Namun apabila ada penggambaran barulah saya kembali kepada penjagaan makanan secara sihat. Dan yang penting sekali, pengambilan air suam perlu diambil dengan kerap,” ceritanya bersungguh-sungguh.

credit to : REMAJA