F
O
L
L
O
W
Kilafairy Gadis Manja Bersemangat Tinggi
Assalamualaikum fellas,






Kilafairy nama secantik orangnya. Mempunyai paras rupa yang menawan. Mempunyai sikap yang manja. Jom ikuti kisah Kilafairy yang menarik ini.

PELAJAR BIASA
Bagi peminat yang tidak tahu siapa sebenarnya Kilafairy, dia merupakan anak kepada penyanyi terkenal zaman 80-an, Rohana Jalil yang popular dengan lagu “Rayuanku” suatu masa dahulu. Bermula dengan lakonannya menerusi filem “Karak” arahan Yusry Abdul Halim, dia kemudiannya semakin dikenali kerana mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Walaupun berbakat, Kilafairy tetap tidak sombong dan mengekalkan sikapnya yang merendah diri sungguhpun diterjah dengan pelbagai soalan. “Sebelum bergelar artis, Kila seorang pelajar biasa. Malah sekarang ni pun Kila masih dalam pengajian. Sebenarnya Kila orang biasa sahaja, cuma Kila ada juga buat persembahan nyanyian di majlis-majlis tertentu. Terus-terang Kila akui tiada yang terlalu istimewa pun dalam diri Kila. Mungkin orang mengenali Kila sebagai anak Rohana Jalil, jadi itu yang orang nak tahu sangat tentang Kila. Memandangkan Kila sekarang dah berada dalam industri yang sama dengan mama (Rohana Jalil), sekurang-kurangnya Kila rasa bertuah kerana tahu bagaimana nak menyesuaikan diri,” ujar gadis berusia 20 tahun ini.


KILAFAIRY SEKSI?
Sebut sahaja nama Kilafairy pasti ramai peminat akan terus menaip namanya di enjin pencarian dan laman-laman sesawang untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut. Ketika itulah akan terkeluar pelbagai kontroversi tentang Kilafairy yang kononnya didakwa seksi. Kita dengar apa komen Kilafairy yang pernah digelar Angelina Jolie Malaysia ini.“Seksi? Erm...tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi yang pasti, Kila tak boleh mengubah pandangan orang. Mungkin mereka cakap seksi bukannya seksi yang buka sana, buka sini. Mungkin sebab raut wajah atau bahasa tubuh Kila yang buat orang cakap macam tu. Kalau nak seksi dan Kila menjaga semua itu sebaikbaiknya.Cantik seorang perempuan itu tidak terletak pada pemakaian yang seksi tetapihati yang bersih. Macam Kila sendiri, Kila rasa tarikan yang ada pada diri Kila ialah mata dan rambut,” katanya yang tidak suka mengenakan solekan kerana berkulit sensitif.


SUSAH BUKA HATI
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang artis dihimpit dengan soalan tentang gosip cinta. Namun, berbeza dengan Kilafairy yang jarang terpapar gosip cintanya dengan mana-mana jejaka di ruang media.“Kila jarang dikaitkan dengan gosip cinta mungkin sebab Kila tak bercinta dengan mana-mana artis lelaki di Malaysia ni. Kila sebenarnya susah sikit nak buka hati pada lelaki. Kila lebih fokus kepada kerjaya dan perniagaan yang Kila jalankan dengan kakak. Walau bagaimanapun, Kila ada butik yang dinamakan RACK! Lagipun Kila masih muda untuk memikirkan tentang cinta. It’s all about the future baby!,” akui Kila dengan jujur.


PELAKON VS PENYANYI
“Haha. Ramai yang tanya soalan ni! Sebenarnya dua-dua Kila minat sebab duadua pun Kila buat sejak kecil lagi. Kila suka berada dalam industri hiburan ni! Sebab ia salah satu seni dalam hidup Kila. Kila rasa memang keturunan atau keluarga kami minat dalam bidang kreatif, artis dan hiburan.Macam sekarang pun Kila sedang sibuk dengan rakaman single solo Kila. Selepas“Roman”, Kila ada rakam album solo. Selain itu Kila juga sibuk dengan pengajian sebab ni semester akhir Kila dan Kila kena pandaipandai bahagikan masa daripada segala segi.“Dengan kerjaya yang Kila dah ada sekarang ni, Kila harap akan berjaya dalam apa jua yang Kila lakukan dan bertahan lama dalam industri ini malah sampai ke tua kalau boleh! Kila juga berharap agar perniagaan Kila akan berkembang lagi,” akhiri Kilafairy dengan senyuman yang cukup menawan.


credit to : REMAJA